TEORI PEDAGOGI
Teori membantu
guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam konteks
pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan bersesuaian
untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah;
- Teori
membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan, teknik,
kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar,
- Teori
memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi
membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana
memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran
dan ini membentuk tindak balas yang diingini berlaku,
- Teori
ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina berdasarkan
konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah
cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan
membuat penilaian bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan
ini bersesuaian dan berguna serta berhasil.
Menurut Thomas ( 1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila
mempunyai ciri-ciri seperti dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah
difahami, berguna untuk membuat ramalan masa hadapan dan memperjelas
perkara-perkara yang sudah lepas, boleh diterapkan secara praktikal, bersifat
konsisten dan tidak berasaskan banyak andaian (kepercayaan-kepercayaan yang
tidak dapat dibuktikan)
Dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup banyak kerja-kerja amali perlu
dilakukan oleh murid supaya benar-benar dapat memahami sesuatu kemahiran.
Perkara ini berkait rapat dengan realiti kehidupan mereka di luar. Jadi, untuk
menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran ini tercapai dan dikuasai oleh
murid khas, guru harus memikirkan bagaimana untuk memaksimumkan penguasaan
murid ini dengan menggunakan teori-teori yang sesuai dan berkesan dalam
pengajaran mereka. Terdapat beberapa teori pengajaran dan pembelajaran
dibincangkan supaya boleh membantu guru mengamalkannya dan membuat penilaian
semasa pengajaran. Tgl.7
Mei 2015
Dirgntantara
Wicaksono
Tidak ada komentar:
Posting Komentar